Ciri utama Nokia 3210

  • Tiga permainan dipasang oleh kilang: Snake, Memory (permainan ingatan pasangan), dan Rotation. Penambahan permainan tersebut membawa jepada jumlah jualan yang tinggi di kalangan anak-anak muda yang tumbuh dengan kadar yang sangat pantas. Sesetengah versi 3210 menampilkan permainan "tersembunyi" React dan Logic. Ia diaktifkan dengan menggunakan perisian khas menggunakan kabel data.
  • Model 3210 merupakan salah satu telefon bimbit terawal yang menampilkan antena dalaman. Ia berbeza dengan kebanyakan telefon bimbit pada masa tersebut yang menampilkan antena yang besar. Isyarat penerimaan masih lagi sangat bagus, walaupun tidak sebagus pendahulunya iaitu 3110.
  • 'Pesanan bergambar' yang dihantar melalui perkhidmatan pesanan ringkas SMS ditampilkan, membolehkan pengguna menghantar gambar yang telah terpasang kepada pengguna lain. Ia termasuklah gambar 'Selamat Hari Jadi'.
  • Harga telefon bimbit ini adalah kompetitif dan disasarkan terutamanya kepada remaja dan golongan profesional muda. Pada masa inilah bermulanya zaman di mana telefon bimbit sangat mudah didapati di kalangan remaja.
  • Model 3210 merupakan model pertama yang membenarkan pengguna menggubah nada dering sendiri, satu bentuk manfaat memandangkan sebelum ini nada dering hanya boleh dihantar menggunakan SMS dan dikenakan bayaran.
  • Model 3210 asalnya direka dengan ciri getaran. Nokia mengambil keputusan untuk tidak meletakkan ciri tersebut pada sesetengah telefon bimbit. Beberapa bulan selepas dilancarkan bagi pasaran UK, sesetengah kedai telefon bimbit menawarkan naik taraf telefon bimbit kepada pelanggan untuk menambah ciri penggetar dengan mengenakan sedikit bayaran.